Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr Annuar (enam kanan) menyaksikan Pengerusi DUBS Holding Sdn Bhd Datuk Abdul Kadir Sahib menyerahkan replika kunci jentera berat kepada Pengerusi DUBS Cawangan Sibu Salmah Umar (lima kanan). Foto TVS

Ahli DUBS harus sertai pembangunan Sibu – Dr Annuar

SIBU: Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) disarankan agar mengambil bahagian dalam pembangunan Bahagian Sibu, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Dr Annuar Rapa’ee.

Menurutnya, DUBS harus melengkapkan ahli mereka dengan kemahiran, kecekapan dan kapasiti serta lesen demi kemajuan bersama.

Menurutnya, kerajaan Sarawak sedang menjalankan rancangan pembangunan semula Bukit Assek dan Kampung Datu dan sudah pastinya ia melibatkan banyak projek.

“Pembangunan semula Bukit Assek dan Kampung Datu melibatkan kos dianggarkan RM7 bilion, DUBS mesti melihat ke hadapan dan bersedia untuk mengambil bahagian dalam pembangunan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian jentera berat daripada DUBS Holding Sdn Bhd kepada DUBS Cawangan Sibu di Kompleks Islam Sibu, hari ini.

Annuar turut menyeru agar DUBS menjalinkan kerjasama dengan persatuan perniagaan masyarakat Cina seperti Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Sibu (SCCCI).

Ini kerana kata Annuar banyak projek di bawah Majlis Perbandaran Sibu (MPS) boleh dimanfaatkan oleh DUBS namun yang penting harus mengambil kira kapasiti ahlinya mesti setanding atau mampu berdaya saing dengan orang lain.

Dr Annuar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka berkata, kerajaan juga sentiasa memberi peluang kepada rakyat.

“Saya boleh memberitahu anda Sibu akan berlaku banyak pembangunan dan pembinaan dalam tempoh 10 tahun akan datang.

“Di Kemuyang sahaja, terdapat 700 hingga 800 rumah akan dibina.

“Selain itu, jalan raya dari Kemuyang ke Pasai akan dibina dengan kos RM92 juta dan telah diluluskan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Justeru itu tegasnya, DUBS perlu merebut peluang itu atau mereka akan ketinggalan kerana terdapat tanah besar untuk dibangunkan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan