Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menyelar kenyataan Bozz Jebat yang menghina Abang Johari. Foto TVS

‘Macam langit dan bumi’ – Abdul Karim selar Bozz Jebat hina Abang Johari

KUCHING, 1 Mac: “Siapa kamu jika hendak dibandingkan dengan Abang Jo. Macam langit dengan bumi!”

Itu ulasan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah yang menyelar tindakan Bozz Jebat menghina Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Tiga laporan polis dibuat berhubung video tular hina Premier Sarawak

“Walaupun negara kita mengamalkan kebebasan bersuara sepatutnya kita tidak sewajarnya menggunakan platform media sosial untuk menghentam dan menghina.

“Dia (Bozz Jebat) juga tidak buat ulang kaji. Main tuduh sahaja. Siapa yang melantik menteri (Persekutuan)? Bukan Abang Jo yang melantik, menteri itu dilantik oleh Perdana Menteri,” katanya.

Tiga laporan polis dibuat berhubung video tular hina Premier Sarawak

Beliau berkata demikian semasa diminta mengulas tentang rakaman video disiarkan di media sosial oleh Bozz Jebat pada sidang media di sini, hari ini.

Abdul Karim bagaimanapun enggan mengulas lanjut tentang video berkenaan.

Susulan video tular itu, sehingga 29 Februari, polis menerima 18 laporan di seluruh Sarawak yang mengecam tindakan Bozz Jebat dan mahu tindakan diambil.

Dalam rakaman itu, Bozz Jebat menyindir dan menghina Abang Johari kerana melantik Dato Sri Tiong King Sing sebagai Menteri Pelancongan, Keseniaan dan Kebudayaan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan