Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
berucap merasmikan Karnival Kerjaya MyFutureJobs Kesuma MADANI OKU dan TVET serta pelancaran insentif Skim Sokongan Pekerjaan 2024 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam hari ini. Foto Radzi Ahmad (TVS)

KSM, PERKESO digesa tumpu latihan tingkatkan kemahiran pekerja – PM Anwar

ByRadzi Ahmad

SHAH ALAM, 1 Mac: Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Kementerian Sumber Manusia dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk memberi tumpuan kepada latihan kemahiran dan upskilling.

Ujar Perdana Menteri, ini bagi meningkatkan daya saing pekerja tempatan serta dapat menempuh cabaran pasaran kerja pada masa hadapan.

Kata Anwar, ledakan teknologi termasuk Kecerdasan Buatan (AI) dan kemasukan syarikat Nvidia ke Malaysia menyebabkan negara memerlukan tenaga mahir.

“(Oleh itu) kita mesti sediakan tenaga mahir. Maka latihan tambahan kemahiran dan upskilling itu patut diberikan tumpuan.

“Saya hendak gesa PERKESO dan KSM, tidak perlu terikat dengan sistem pendidikan yang ada sebaliknya harus ada kebebasan untuk melihat keperluan semasa,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika berucap merasmikan Karnival Kerjaya MyFutureJobs Kesuma MADANI OKU dan TVET serta pelancaran insentif Skim Sokongan Pekerjaan 2024 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong.

Bagi memastikan perkara berkenaan segera dilaksana, Anwar memberi PERKESO tempoh sebulan untuk merangka program latihan bagi meningkatkan bilangan tenaga berkemahiran di negara ini.

“Kita bagi tempoh satu bulan supaya satu laporan (dapat dibentangkan) pada Mesyuarat Jemaah Menteri tentang tindakan yang (akan) diambil.

“Saya harap PERKESO tidak anggap ini sebagai bebanan sebaliknya satu kesempatan luar biasa bahawa PERKESO diberi amanah dan kepercayaan besar untuk membawa perubahan yang sangat mendesak dan kritikal bagi negara,” tambahnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan