Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Fatimah Abdullah menerima cenderahati daripada Datuk Vincent Lau Lee Ming sempena lawatannya ke Yayasan Buah Pinggang Sibu, hari ini. Foto TVS

Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM6.9 juta bantu pesakit buah pinggang jalani dialisis

SIBU, 1 Mac: Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM6.9 juta bagi membantu meringankan beban kewangan 399 pesakit buah pinggang yang menjalani dialisis dalam tempoh Januari 2020 hingga Disember 2023.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata ia merupakan inisiatif kerajaan negeri melalui Bantuan Khas Pesakit Buah Pinggang (BKPBP).

“Antara kriteria bantuan itu ialah pesakit mestilah rakyat Sarawak dan termasuk dalam golongan B40 dan M40 dan belum menerima sebarang bantuan kewangan daripada mana-mana agensi kerajaan, swasta atau badan bukan kerajaan,” katanya semasa lawatannya ke Yayasan Buah Pinggang Sibu (SKF), hari ini.

Hadir sama, Pengerusi SKF, Temenggung Datuk Vincent Lau Lee Ming.

Tambahnya, pada permulaan program tersebut iaitu tahun 2020, seramai 62 orang pesakit telah menerima faedah berjumlah RM420,452.

Bagi bantuan mesin hemodialisis pula, beliau berkata pada 2023, Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak telah membeli 24 unit dengan kos RM987,600.

Mesin-mesin ini telah diedarkan ke Pusat Jantung Sarawak di Kuching dan ke beberapa hospital.

“Antaranya Hospital di Lundu, Serian, Betong, Saratok, Kanowit, Mukah, Dalat, Sarikei, Bintulu, Limbang, Lawas serta klinik kesihatan di Debak dan Tatau,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan