Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak, Dr. Veronica Lugah mengunjungi tapak pameran di Persidangan Pembedahan, Penjagaan dan Kecemasan Klef (Sumbing). Foto TVS

Hentikan stigma anak sumbing

MIRI, 1 Mac: Masyarakat diseru agar menghentikan stigma terhadap warga klef (sumbing),  sebaliknya disaran untuk membantu golongan itu membangunkan potensi diri.

Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak, Dr. Veronic Lugah berkata klef lazimnya akan mencetuskan stigma dalam kalangan masyarakat dan ibu bapa kebiasaannya akan berasa malu berdepan dengan masyarakat apabila anak mereka dilahirkan sebagai klef.

Menurutnya dianggarkan satu di dalam 1,000 kelahiran bayi di negara ini akan terkesan dengan kelahiran klef (sumbing).

“Antara permasalahan yang sering berkait rapat dengan warga klef (sumbing), termasuk bayi adalah masalah pendengaran, kerosakan gigi dan masalah pertuturan yang ada kalanya menjadi penghalang untuk mereka menjalani kehidupan yang normal serta mencapai potensi sebenar diri mereka,” katanya berucap pada Persidangan Pembedahan, Penjagaan dan Kecemasan Klef (Sumbing) di Miri.

Menurut Veronica, kesedaran masyarakat penting agar lebih ramai warga serta ahli keluarga klef berani tampil untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya bagi membantu golongan ini.

Justeru beliau menyeru agar lebih ramai individu serta organisasi kerajaan serta badan swasta untuk menggembleng tenaga serta kepakaran dalam membantu warga klef menjana potensi diri agar dapat meneruskan kehidupan seperti individu normal yang lain.

Berdasarkan statistik terdapat 500 hingga 700 kelahiran bayi di negara Asia mengalami kondisi klef. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan