Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh semasa menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa 'Road to Gold' di Majlis Sukan Negara (MSN) pada Khamis. Foto Hannah Yeoh (FB).

Hadiah kereta menanti pemenang pingat sukan Olimpik di Paris – Hannah

ByBernama

KUALA LUMPUR, 1 Mac: Atlet kebangsaan yang membawa pulang pingat pada Sukan Olimpik 2024 di Paris yang dijadual berlangsung dari 26 Julai hingga 11 Ogos ini bakal menerima habuan sebuah kereta berjenama luar negara.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata pihak Jawatankuasa Road To Gold (RTG) telah menerima tawaran daripada syarikat kereta tersebut yang berminat memberi ganjaran kepada atlet negara yang berjaya menamatkan podium pada temasya sukan terbesar dunia itu.

Bagaimanapun, Hannah turut berharap syarikat tempatan termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk tampil memberi ganjaran kepada atlet yang mengharumkan nama negara di Paris 2024 kelak.

“Kita mahu juga beri peluang kepada jenama tempatan (beri ganjaran pemenang pingat Sukan Olimpik) kerana sekarang jenama luar negara yang beri tawaran.

“Jadi mana-mana syarikat tempatan yang bersedia memberi tawaran mereka boleh hubungi penyelaras RTG Datuk Stuart Ramalingam,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa RTG di sini, pada Khamis.

Atlet yang merangkul pingat Sukan Olimpik layak menerima Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) mengikut warna pingat yang dimenangi dengan pemenang pingat emas di Sukan Olimpik dan Paralimpik akan menerima RM1 juta, manakala perak dan gangsa masing-masing layak mendapat RM300,000 dan RM100,000.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan