Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Enrique Maccartney (kiri) dan Bertrand Rhodict (kanan) kini mengibarkan cabaran negara pada Piala Dunia di Kanada. Foto, AFP.

Enrique Maccartney terima berita gembira di Kanada

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 1 Mac: Penerjun muda berasal dari Sarawak, Enrique Maccartney Harold teruja apabila namanya disenaraikan ke Fast Track di bawah Program Road To Gold (RTG) yang diumumkan semalam.

Atlet berusia 19 tahun dari Kuching itu berkata, dia menerima berita gembira itu setibanya di Montreal, Kanada bagi menyertai Jelajah Pertama Piala Dunia Akuatik 2024.

Gandingan Bertrand – Enrique raih gangsa penampilan pertama Sukan Asia

“Saya rasa bangga kerana terpilih dan semestinya ini akan memberi suntikan motivasi untuk melakukan yang terbaik pada pertandingan akan datang,” katanya ketika dihubungi TVS hari ini.

Program Fast Track dibentuk dengan misi mewujudkan atlet muda berbakat yang berumur antara 16 hingga 25 tahun dan berpotensi merangkul pingat emas pada Sukan Olimpik 2028 di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Selain Enrique Maccartney, turut tersenarai seorang lagi penerjun Sarawak, Bertrand Rhodict Lises yang sudah layak beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024.

Gandingan Bertrand – Enrique raih gangsa penampilan pertama Sukan Asia

Sementara itu, Enrique Maccartney berkata, dia akan menyertai acara 10 meter platform seirama bersama Bertrand Rhodict pada Ahad ini.

“Kami berdua akan cuba sehabis baik untuk memperbaiki terjunan,” katanya.

Gandingan mereka sebelum ini pernah meraih pingat gangsa acara itu pada Sukan Asia Hangzhou 2022.

Selepas kejohanan di Kanada, pelajar jurusan Komunikasi di Universiti Putra Malaysia (UPM) itu berkata, dia akan meneruskan latihan di Kuala Lumpur memandangkan tiada kejohanan besar pada tahun ini.

“Selepas itu saya dijadual menyertai Sukan Malaysia (SUKMA) dan secara peribadi, saya sasarkan untuk hadiahkan dua pingat emas kepada Sarawak,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan