KUCHING, 1 Mac: Seramai 84 pemain bakal beraksi di Kejohanan Golf Remaja Antara Negeri Persatuan Golf Amatur Sarawak (PGABS) 2024 bakal berlangsung pada 4 hingga 7 Mac ini di Kelab Golf Sarawak di sini.
Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata peserta yang bakal berentap terdiri daripada wakil dari 10 negeri iaitu Perlis, Wilayah Persekutuan, Sabah, Perak, Sarawak, Kedah, Pahang, Melaka, Sarawak dan pasukan PGABS.
“Kejohanan itu turut merupakan pilihan akhir bagi atlet yang akan mewakili negeri pada Sukan Malaysia (SUKMA) yang bakal berlangsung pada 17 Ogos di Sarawak,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media Kejohanan Golf Remaja Antara Negeri PGABS 2024 serta Majlis Kebudayaan Masyarakat Bidayuh di sini pada Jumaat.
Abdul Karim dalam pada itu optimis Kejohanan Golf Remaja Antara Negeri Persatuan Golf Amatur Sarawak (PGABS) 2024 akan merancakkan lagi industri pelancongan.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), Awang Putrayusrie Awang Redzuan. -TVS