Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dewan Rakyat dimaklumkan lebih 20,000 serbuan dilakukan JIM untuk menangkap PATI sejak 2020 hingga 27 Feb lepas. Foto Bernama.

Parlimen: PATI paling ramai di Selangor, Sarawak antara lima ‘hot spot’

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 29 Feb: Selangor dikenal pasti sebagai negeri yang merekodkan pendatang asing tanpa izin (PATI) paling ramai, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, empat lagi negeri mempunyai jumlah PATI yang tinggi ialah Kuala Lumpur, Johor, Sabah dan Sarawak.

Jelas beliau, bagi tempoh 1 Januari 2022 hingga 27 Februari 2024, sebanyak 20,880 operasi penguatkuasaan dilakukan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

“(Sepanjang tempoh itu) JIM menahan sebanyak 58,508 PATI dan 871 majikan yang didapati melindungi dan menggaji PATI,” katanya di sini hari ini.

Saifuddin Nasution menjawab soalan V. Ganabatirau (Pakatan Harapan – Klang) yang menyatakan penduduk di kawasannya masih kurang berpuas hati terhadap hasil serbuan ke atas lubuk PATI di kawasan pedalaman Klang kerana jumlahnya masih tinggi.

Berkenaan masalah PATI di Selangor, Saifuddin berkata, sebanyak lapan kawasan panas dikesan termasuk Pasar Borong Klang, Pasar Besar Klang, GM Klang, Kawasan Perindustrian Sultan Sulaiman dan Kawasan Perindustrian Bukit Tinggi.

“Kita (JIM) pantau dan melakukan 36 serbuan di Klang serta menangkat 2,054 PATI.

“Begitulah komitmen yang kita tunjukkan secara berterusan untuk tangani perkara ini,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan