Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Parlimen Serian, Dato Sri Richard Riot Jaem membangkitkan isu ICQS Tebedu, Sarawak (kiri) yang usang berbanding milik Indonesia (kanan) yang gah.

Parlimen: ICQS Tebedu seperti reban ayam, Pos Lintas Batas Negara Entikong Indonesia gah

ByRadzi Ahmad

KUALA LUMPUR, 29 Feb: Ahli Parlimen Serian, Dato Sri Richard Riot Jaem menegaskan, beliau tidak akan berhenti bersuara selagi Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Tebedu baharu tidak terbina oleh kerajaan.

Jelas Richard Riot, penduduk Serian dan Sarawak sudah lama menunggu sebuah ICIQS baharu yang megah di pintu masuk darat antarabangsa Malaysia dengan Kalimantan, Indonesia.

“Pos Lintas Batas Negara Entikong (di Indonesia) cantik seolah-olah seperti lapangan terbang antarabangsa namun di sebelah kita, kesian tengok, saya boleh katakan macam reban ayam,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Richard Riot berkata, beliau pernah membawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang ketika itu Menteri Dalam Negeri melawat ICQS Tebedu sebelum ini.

Hamzah kemudian bangun mencelah dan menyuarakan sokongan beliau terhadap rayuan Richard Riot supaya kerajaan memberi keutamaan kepada pembinaan kompleks baharu itu.

Tambah Richard Riot, ICQS itu juga penting sebagai persiapan menghadapi pemindahan ibu kota negara baharu Indonesia, Nusantara di wilayah Kalimantan.

Beliau menjangka keadaan itu akan menjurus kepada kesan limpahan ekonomi di mana lebih banyak warga Indonesia masuk ke Sarawak sama ada sebagai pelancong mahupun ahli perniagaan.

“Namun selagi ia (IQCS) tidak menjadi realiti, saya akan terus membangkitnya,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.-TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan