Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee bercakap kepada TVS di Bangunan Parlimen hari ini. Foto, Mohammed Raffiq (TVS)

Parlimen: Hasrat tingkatkan harga lantai belian padi pacu sektor pertanian Sarawak

ByConnie Grace

KUALA LUMPUR, 29 Feb: Hasrat Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk meningkatkan harga lantai belian padi akan memacu sektor pertanian di wilayah berkenaan.

Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee berkata, sekiranya inisiatif berkenaan dilaksana, hampir 2,000 petani di kawasannya akan menerima manfaat.

Tambah Rodiyah, langkah berkenaan juga membantu petani yang berdaftar dengan Jabatan Pertanian menerima pelbagai manfaat yang disediakan oleh Kerajaan Sarawak.

Parlimen: Lebih 1,000 petani di Sri Aman dapat manfaat harga lantai belian padi dinaikkan

“Menerusi rekod yang saya terima, terdapat seramai 50,000 orang petani yang berdaftar dengan Jabatan Pertanian di seluruh Sarawak.

“Saya percaya, ini merupakan suntikan semangat daripada Premier kita untuk petani di Sarawak serta membantu mereka untuk membeli baja atau racun bagi menguruskan tamanan mereka,” katanya kepada TVS di Parlimen hari ini.

Baru- baru ini, Abang Johari berkata, Sarawak berhasrat untuk menetapkan harga lantai beras keluarannya pada kadar RM1,800 per tan metrik berbanding RM1,300 sebelum ini.

Ujarnya, perkara itu boleh dilakukan apabila wilayah ini menjadi pengeluar utama beras di Malaysia.

Sementara itu tambah Rodiyah, perancangan berkenaan juga akan dapat menarik minat rakyat untuk menceburkan diri dalam sektor pertanian.

“Ini sebagai langkah (tepat yang) diambil bagi mencapai matlamat menjadikan Sarawak sebagai pengeksport makanan menjelang tahun 2030,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan