Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (kiri) dan Mohd Azizi Abu Naim (kiri) bercakap dalam sidang media di Parlimen hari ini. Foto TVS.

Parlimen: Bukit Gantang, Jeli beri sokongan ikhlas kepada PM, mahu bela nasib rakyat

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 29 Feb: Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal menjelaskan sokongan yang diberikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertujuan untuk membela nasib rakyat.

Syed Abu Hussin Hafiz berkata, beliau dan Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim juga tidak menerima sebarang imbuhan.

“Jelas pada kami tidak ada apa – apa imbuhan, sokongan yang diberikan semata – mata kerana fikir pembangunan kawasan, bela rakyat di kawasan kami,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Syed Abu Hussin berkata, beliau telah ditugaskan oleh Perdana Menteri untuk membantu Kerajaan Perpaduan apabila dilantik sebagai pengerusi jawatankuasa berkaitan isu menangani harga makanan dan kos sara hidup.

“Ini menunjukkan PM serius walaupun saya baru beri sokongan, beliau lihat kemampuan dan kebolehan saya, terus beri tanggungjawab,” katanya.
Sementara itu beliau turut meminta pihak tertentu agar tidak menggunakan Parlimen untuk mewujudkan suasana tidak stabil.
“Ini termasuklah berpolitik yang tidak ada asasnya. Cukuplah sebagai mana yang dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong, jangan guna Parlimen untuk berpolitik sebaliknya kita bantu semua,” katanya.
Sementara itu, Syed Abu Hussin menambah, beliau bersedia mengosongkan kerusi jika pindaan Perlembagaan BERSATU kelak melarang memberi sokongan kepada pihak ketiga. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan