Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi menyempurnakan simbolik perasmian Majlis Pelancaran Inisiatif Kualiti Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) Masjid Sarawak Dan Penyampaian Sumbangan Majlis Islam Sarawak Kepada Masjid, Surau dan Tanah Perkuburan Islam Tahun 2024 di Kuching Pada Khamis. Foto TVS

Kumpulan KIK dicadang indahkan Tanah Perkuburan Islam – Dr Abdul Rahman

KUCHING, 29 Feb: Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) Masjid Sarawak dicadangkan agar memberi perhatian terhadap perkara kebajikan dan keindahan Tanah Perkuburan Islam di negeri ini.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata kumpulan KIK itu juga disarankan agar mengadakan program atau menyalurkan idea berkaitan selain mengutamakan kreativiti dan inovasi di masjid dan surau.

Menurutnya program yang sama perlu dilaksanakan kepada kedua-dua tempat ini agar tanah perkuburan islam dapat dilihat sama cantik dan sama indah seperti masjid serta surau di kawasan masing-masing.

“Mungkin pada masa akan datang kita dah mengadakan bengkel dan sebagainya untuk masjid dan kita juga perlu menyediakan program yang sama tetapi tertumpu kepada tanah perkuburan.

“Tanah perkuburan islam di seluruh Sarawak ini bukan hanya tempat yang terakhir untuk kita semua tetapi masa kita hidup kita boleh melihatnya tempat yang cantik dan indah sama seperti masjid dan surau kita,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Pelancaran Inisiatif Kualiti Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) Masjid Sarawak Dan Penyampaian Sumbangan Majlis Islam Sarawak Kepada Masjid, Surau dan Tanah Perkuburan Islam Tahun 2024 di Kuching Pada Khamis.

Dr Abdul Rahman juga mahu masyarkat perlu bersama-sama merubahkan persepsi ini agar kebajikan dan keindahan tanah perkuburan islam dapat menjadi sebahagian daripada kehidupan orang ramai.

Ujarnya lagi pengurusan dan pembangunan di tanah perkuburan perlulah menggunakan konsep yang terkini supaya ianya kelihatan lebih mesra dan indah seperti sebuah taman.

Beliau mendedahkan sejumlah 55 buah masjid dan surau Penerima Sijil Penarafan Bintang Masjid Negeri Sarawak (SPBMNS) tiga bintang dan keatas bakal menjadi perintis kepada program KIK Masjid Sarawak.

Beliau memberitahu mereka yang dipilih akan mengikuti pelbagai program termasuk bengkel bagi meningkatkan kompetensi pengurusan masjid dalam menghasilkan inovasi berimpak tinggi.

Jelasnya melalui usaha ini semua yang terlibat sudah pasti akan dapat menjadi contoh atau “benchmark kepada Jawatankuasa Pengurusan Masjid dan Surau yang lainnya mencapai kejayaan yang sama.

Dalam perkembangan lain, Dr Abdul rahman mengumumkan sumbangan berjumlah RM1.61 juta disumbangkan oleh Majlis Islam Sarawak (MIS) kepada lebih 1,500 Jawatankuasa Pengurusan (JKP) Masjid dan Surau di seluruh Sarawak termasuk 48 Jawatankuasa Pengurusan tanah perkuburan Islam (JKTPI).

“Daripada jumlah tersebut sebanyak RM1.571 juta akan disalurkan kepada 1571 buah masjid dan surau yang terdapat di seluruh Sarawak manakala sebanyak RM48000 pula diserahkan kepada 48 JKTPI,” jelasnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan