Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar. Foto fail Bernama

JAKIM lancar e-Book Modul Minda Maqasid bantu gubal dasar

ByBernama

KUALA LUMPUR, 29 Feb: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini melancarkan e-Book Modul Minda Maqasid bagi membantu kementerian-kementerian menggubal dasar berasaskan Maqasid Syariah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata Maqasid Syariah merupakan objektif asas pensyariatan bagi memastikan kemaslahatan secara menyeluruh dalam tadbir urus khususnya hal ehwal agama Islam.

“Inilah perkara yang selalu diulang-ulang Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahukan peranan JAKIM dilebarluaskan dalam pentadbiran negara.

“Input-input daripada JAKIM kepada pentadbiran negara amat penting untuk memastikan pelaksanaan agenda utama kerajaan dalam membangun Malaysia MADANI,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup Seminar Pengukuhan Nilai dari Perspektif Maqasid Syariah ke Arah Kemampanan Tadbir Urus Baik di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah JAKIM Datuk Hakimah Mohd Yusoff dan Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Prof Tan Sri Dr Dzulkifli Abdul Razak.

Mohd Na’im berkata beliau sendiri turut menggerakkan Pelan Transformasi Al-Falah 2023 hingga 2027 yang mengandungi 31 program utama merentas lima teras pelan transformasi bagi agensi-agensi di bawah seliaannya yang berkaitan hal ehwal agama. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan