Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Darren Charlie (kanan) berkata seni merupakan satu medium bagi melatih kanak-kanak autistik untuk bertolak ansur dengan dunia luar. Foto Amirah Shawel (TVS)

Aktiviti seni latih kanak-kanak autistik berdikari

ByAmirah Shawel

KUCHING, 29 Feb: Aktiviti seni mampu membantu kanak-kanak autistik untuk berdikari.

Penyelaras Program Persatuan Autistik Kuching (KAA), Darren Charlie berkata pihaknya menjadikan seni sebagai satu medium untuk melatih kanak-kanak istimewa membiasakan diri dengan dunia luar.

BETC 2024: Himpunkan pakar, pemain industri peralihan tenaga di Kuching pada 26-27 Feb ini

“Mungkin ada yang menganggap ini hanya seni, tetapi apa yang kami lakukan adalah untuk mendedahkan mereka kepada dunia luar selain mengajar kemahiran asas.

“Ini akan memberikan impak yang besar terhadap kehidupan mereka,” katanya ketika ditemui TVS pada Persidangan Peralihan Tenaga Borneo (BETC) 2024 anjuran SEDC Energy (SEDCE) di sini, baru-baru ini.

Persatuan Autistik Kuching merupakan antara benefisiari kepada SEDCE.

Darren berkata lagi seni juga digunakan oleh tenaga pengajar sebagai kaedah untuk mengenal pasti perkembangan dan kemajuan para pelajar semasa menjalankan latihan.

“Kami akan memerhati setiap respons yang diberikan oleh pelajar sepanjang menjalankan aktiviti seni. Ini kerana apa-apa reaksi yang diberikan adalah kemajuan semasa anak-anak ini.

“Mungkin sebelum ini mereka enggan memegang pensel, tetapi selepas digalak mereka juga mencuba. Itu adalah kemajuan untuk mereka,” katanya.

Selain itu, menurutnya aktiviti seni juga digunakan oleh kanak-kanak autistik sebagai platform untuk mengekspresikan diri mereka.

Dengan itu, Persatuan Autistik Kuching menubuhkan Galeri Seni Autisme bagi mewujudkan peluang kepada artis dengan autism yang berbakat untuk mengekspresikan diri mereka melalui seni.

Menerusi laman webnya, persatuan itu juga berkata seni yang dihasilkan oleh individu dengan autisme mampu meningkatkan kesedaran orang awam tentang kebolehan mereka. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan