Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Orang ramai berkumpul di sekeliling sebuah kenderaan pikap yang terbalik dalam kemalangan yang mengorbankan 14 orang dan mencederakan 20 yang lain di Madhya Pradesh, India. Foto AFP

14 maut dalam nahas jalan raya di Madhya Pradesh India

ByBernama

NEW DELHI, 29 Feb: Sekurang-kurangnya 14 orang maut dan 20 lagi cedera dalam nahas jalan raya di negeri Madhya Pradesh di tengah India.

Kemalangan itu berlaku pada awal pagi Khamis di daerah Dindori, kira-kira 470 kilometer dari ibu negeri Bhopal, menurut laporan media tempatan.

Pikap yang dinaiki mangsa dilaporkan hilang kawalan sebelum terhumban ke dalam lembah sedalam 50 kaki.

“Kerajaan negeri akan memberi bantuan kewangan sebanyak 400,000 rupee (RM22,970) setiap seorang kepada waris mangsa dan menyediakan rawatan kepada mereka yang cedera,” kata Ketua Menteri Madhya Pradesh, Mohan Yadav. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan