Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Warga emas yang hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Reteh Karas, Serian pada Isnin lalu, ditemui meninggal dunia hari ini. Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat

Warga emas ditemui meninggal dunia selepas hilang dua hari

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 28 Feb: Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Reteh Karas, Serian pada Isnin lalu, ditemui meninggal dunia hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Serian, ASP Suriah Zaidi berkata lelaki berusia 71 tahun itu meninggalkan rumahnya pada Isnin lalu dan tidak pulang ke rumah sehingga keesokan harinya.

Susulan itu, anak mangsa membuat laporan polis semalam dan operasi pencarian mangsa di sekitar Kampung Reteh Karas diaktifkan dengan melibatkan anggota polis, bomba serta penduduk kampung.

“Mayat mangsa ditemui di sungai berhampiran Kampung Slabi Plaman oleh penduduk Kampung Sorak Melayu.

“Berdasarkan pengecaman yang dibuat ahli keluarga mangsa, mayat tersebut disahkan merupakan orang hilang yang dilaporkan,” katanya menerusi kenyataan.

Mayat kemudian dihantar ke Hospital Serian bagi menjalani proses bedah siasat.

Tambah Suriah, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan