Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki bergambar dengan sebahagian wakil media selepas menyampaikan anugerah pada Malam Penghargaan Media Pelabuhan Bintulu di Kuching malam tadi. Foto Bernama

Pengambilalihan Lembaga Pelabuhan Bintulu capai kata sepakat 70 peratus, dijangka dimuktamad Jun ini

ByCheryl Syahmina Toh

KUCHING, 28 Feb: Kerajaan Sarawak dijangka mengambil alih sepenuhnya Lembaga Pelabuhan Bintulu selepas perkara itu dimuktamadkan pada bulan Jun ini dengan status penyerahan pelabuhan itu telah mencapai kira-kira 70 peratus kata sepakat dari Kerajaan Pusat setakat ini.

Setiausaha Kerajaan Sarawak merangkap Pengerusi Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB), Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki berkata, pengambilalihan pelabuhan tersebut bakal diumumkan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg tidak lama lagi.

“Kesepakatan bagi memuktamadkan penyerahan Pelabuhan Bintulu kepada Kerajaan Sarawak telah diputuskan pada bulan Jun nanti.

“Oleh itu, banyak perkara-perkara yang perlu dibincangkan, terutamanya di peringkat Parlimen, khususnya Bil dan Ordinan yang tertentu,” katanya ketika ditemui TVS selepas menghadiri Majlis Apresiasi Media Bintulu Port Holdings Berhad di Sheraton Hotel di sini, malam tadi.

Beliau berkata, Sarawak sememangnya sudah bersedia untuk mengambil alih Lembaga Pelabuhan Bintulu, namun tertakluk kepada pengumuman daripada Premier Sarawak.

“Bagi memastikan operasi Pelabuhan Bintulu tidak terkesan dan terganggu oleh proses penukaran status, Kerajaan Sarawak akan mewujudkan Lembaga Pelabuhan Bintulu (Sarawak) di bawah Ordinan Lembaga-Lembaga Pelabuhan, 1961,” ujarnya.

Januari lepas, keputusan telah dicapai bagi memuktamadkan penyerahan Pelabuhan Bintulu kepada Kerajaan Sarawak pada Jun 2024.Perkara ini telah diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Bersama Persekutuan-Negeri yang telah diadakan di Wisma Bapa Malaysia.

Kementerian Pengangkutan Malaysia akan membentangkan Rang Undang-Undang pemansuhan Akta Lembaga Pelabuhan Bintulu, 1981 pada Sesi Persidangan Parlimen 2024. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan