Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penyanyi lagu Manis Gulapong, Fir Affandi, menerusi satu babak video muzik yang dirakam di Rumah Warisan yang terletak di Jalan Muda Hashim, Kuching.

Pencipta lagu impi Manis Gulapong sepopular Bekikis Bulu Betis

BySalasiah Safian

PENCIPTA lagu Manis Gulapong, Sudirsobri Musar, memasang impian agar lagu itu menghiburkan rakyat Sarawak malah dinyanyikan pada majlis-majlis keramaian sepertimana lagu Bekikis Bulu Betis.

Sudirsobri atau nama penanya ‘Pohc’ ketika dihubungi TVS menjelaskan, Manis Gulapong ditulis sepenuhnya dalam Bahasa Melayu Sarawak.

Antara babak video muzik Manis Gulapong yang didendangkan Fir Affandi.

“Lagu Manis Gulapong ditulis dalam Bahasa Melayu Sarawak kerana saya percaya semua rakyat Sarawak faham bahasa Melayu Sarawak dan ia adalah sangat dekat untuk semua rakyat Sarawak walaupun kita berlainan bangsa,” katanya.

Bercerita lanjut, Pohc berkata Manis Gulapong menceritakan tentang seorang jejaka yang sangat meminati seorang wanita di kampungnya.

Lagu ini memuji kecantikan wanita tersebut dan berharap akan dapat mengahwininya suatu hari kelak.

Katanya target pendengar adalah seluruh penduduk Sarawak yang berada di Sarawak, Sabah dan yang berada di Semenanjung serta di seluruh dunia.

“Harapan saya untuk lagu ini adalah saya berharap lagu ini diterima oleh semua pendengar dan saya berharap lagu ini akan menjadi satu lagu yang evergreen untuk rakyat Sarawak sampai bila-bila,” ujarnya.

Sementara itu, penyanyi lagu ini, Fir Affandi dalam satu kenyataan berkata single dan muzik video tersebut dijadikan sebagai hadiah penghargaan buat peminat yang menyokong kerjaya seninya selama ini.

Lagu yang bergenre pop etnik kreatif ini dicipta di Kuching dan mengambil masa tiga minggu untuk disiapkan.

Muzik videonya pula telah dirakam di Rumah Warisan yang terletak di Jalan Muda Hashim oleh pengarah berbakat juga anak Sarawak, Ain Shuhada.

Lagu Manis Gulapong diterbitkan oleh Syarikat Sudiz Resources telah mendapat sokongan daripada Kementerian Komunikasi dan My Creative Sdn Bhd dan ia akan menjadi salah satu lagu dalam projek Tiga Suara Kenyalang yang akan menampilkan tiga artis tempatan dari Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan