Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Dr Hazami Jahari Foto: TVS

Pencalonan Anugerah Sastera Negara Ke-16 kini dibuka

ByBernama

KUALA LUMPUR, 28 Feb: Pencalonan bagi Anugerah Sastera Negara Ke-16, khusus untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan tertinggi bertaraf negara kepada tokoh sasterawan, kini dibuka mulai hari ini hingga 1 April depan.

Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Dr Hazami Jahari berkata sehubungan itu DBP mempelawa institusi atau badan yang sah dan berdaftar serta individu yang berwibawa dalam bidang sastera mengemukakan pencalonan bagi anugerah ini.

“Anugerah ini adalah bagi memberi penghargaan dan pengiktirafan tertinggi bertaraf negara kepada tokoh sasterawan warganegara Malaysia yang masih hidup dan menulis dalam Bahasa Melayu.

“Tokoh itu juga (mestilah) yang menurut penelitian dan penilaian panel telah memberikan sumbangan cemerlang dan berterusan terhadap perkembangan kesusasteraan kebangsaan melalui ciptaan yang kreatif dan sastera yang bermutu tinggi,” katanya kepada pemberita dalam sidang media Pengumuman Pencalonan Anugerah dan Karya hari ini.

Tambahnya penerima anugerah ini akan mendapat penghargaan dan penghormatan negara, serta hadiah-hadiah antaranya dalam bentuk wang tunai RM60,000, warkah penghormatan negara, penerbitan 50,000 naskhah buku untuk dibeli oleh kerajaan serta kemudahan perubatan percuma dalam wad kelas satu di hospital kerajaan.

Sementara itu Hazami berkata DBP juga hari ini turut membuka pencalonan rakyat Malaysia bagi Anugerah Penulisan Asia Tenggara (S.E.A. Write Award) (Malaysia) 2023 dan tarikh tutup penyertaan adalah pada 25 Mac depan.

“Anugerah ini yang telah diadakan sejak 1979 oleh kerajaan Thailand bagi menghargai tokoh penulis dari negara rantau Asean iaitu Thailand, Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura dan Vietnam.

“Penerima anugerah ini akan mendapat wang tunai dan plak penghargaan daripada penganjur,” katanya.

Hazami turut mengumumkan pencalonan bagi Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2021/2022, Hadiah Tunas Cipta 2021/2022 dan Hadiah Karya Ilmiah 2021/202 telah dibuka.

“Tarikh tutup penyertaan bagi ketiga-tiga hadiah ini ialah 1 April depan,” katanya.

Beliau berkata borang pencalonan bagi semua anugerah dan hadiah ini serta maklumat lanjut berkaitan syarat penyertaan dan sebagainya boleh dilayari di media sosial DBP. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan