Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) tidak menolak kemungkinan Projek Pembangunan Tanaman Bawang diperluaskan ke Sabah dan Sarawak. Foto hiasan Envato.

Parlimen: Malaysia bergantung sepenuhnya kepada bawang import

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 28 Feb: Malaysia bergantung 100 peratus kepada sumber bawang import untuk memenuhi keperluan, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, negara – negara yang menjadi sumber utama ialah India, Belanda, China, Pakistan dan Thailand.

“Antara jenis bawang segar yang diimport adalah bawang besar, bawang kecil dan bawang putih.

“Pada 2022, Malaysia mengimport bawang sebanyak 687,000 tan metrik dengan nilai sebanyak RM1.58 bilion. Daripada jumlah tersebut, bawang kecil diimport sebanyak 38,000 tan metrik dengan nilai RM81.5 juta bagi menampung keperluan penggunaan domestik,” katanya di sini hari ini.

Mohamad menjawab pertanyaan Datuk Idris Ahmad (Perikatan Nasional – Bagan Serai) yang ingin tahu strategi kerajaan untuk mengurangkan import bawang sebanyak 30 peratus ketika ini.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan penggunaan per kapita bawang kecil bagi tahun 2022 adalah 1.2 kilogram (kg) seorang.

Berhubung langkah kerajaan pula, Mohamad memaklumkan, ketika ini kementerian memberi fokus kepada pembangunan tanaman bawang kecil sahaja memandangkan bawang besar dan bawang putih tidak boleh ditanam di Malaysia disebabkan oleh keadaaan iklim.

“Untuk makluman, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah melaksanakan kajian penyelidikan berkaitan bawang sejak 2020.

“Hasil daripada kajian tersebut, MARDI telah memperkenalkan tiga varieti bawang kecil yang boleh ditanam di Malaysia iaitu BAW-1, BAW-2 dan BAW-3 yang mampu mengeluarkan hasil sekitar empat hingga enam tan metrik per hektar bagi sekali penuaian,” katanya. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan