Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lebih 1,000 petani termasuk usahawan pertanian di Sri Aman dijangka menerima manfaat berikutan hasrat Kerajaan Sarawak mahu meningkatkan harga lantai belian padi. Foto, Firdaus Ismail (TVS)

Parlimen: Lebih 1,000 petani di Sri Aman dapat manfaat harga lantai belian padi dinaikkan

ByConnie Grace

KUALA LUMPUR: Lebih 1,000 petani termasuk usahawan sektor pertanian di Sri Aman dijangka menerima manfaat berikutan hasrat Kerajaan Sarawak mahu meningkatkan harga lantai belian padi.

Ahli Parlimen kawasan itu, Dato Sri Doris Sophia Brodie berkata, hasrat disuarakan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg itu memberi harapan baharu kepada petani di kawasan luar bandar untuk meningkatkan pendapatan mereka.

“Saya menyambut baik hasrat Premier Sarawak yang mahu menetapkan harga lantai belian padi kepada RM1,800 berbanding RM1,300 sebelumnya.

“Ini akan memberi peluang kepada pesawah padi di Sri Aman untuk meningkatkan pendapatan mereka,” katanya kepada TVS di Dewan Rakyat hari ini.

Baru- baru ini, Abang Johari berkata, Sarawak berhasrat untuk menetapkan harga lantai beras keluarannya pada kadar RM1,800 per tan metrik berbanding RM1,300 sebelum ini.

Ujarnya, perkara itu boleh dilakukan apabila wilayah ini menjadi pengeluar utama beras di Malaysia.

Sementara itu, Doris memberitahu, empat kawasan yang telah dikenalpasti untuk kawasan penanaman padi Sarawak yang dijangka mampu mengeluarkan beras dengan lebih banyak.

Katanya, dengan pengeluaran berlipat kali ganda itu, Sarawak dapat meminimumkan kesan jika berlaku kekuranghan bekalan beras pada masa depan.

“Empat kawasan itu ialah Betong, Sri Aman, Simunjan dan Lingga, saya percaya ‘food security’ di Sarawak akan terjamin,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan