Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kursus pengendalian dron untuk proses pembajaan merupakan antara bentuk latihan yang disediakan oleh Felcra Berhad (FELCRA) kepada usahawan bimbingannya, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini. Foto Envato.

Parlimen: Kursus dron FELCRA bantu usahawan muda pertanian – Rubiah

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 28 Feb: Kursus pengendalian dron untuk proses pembajaan merupakan antara bentuk latihan yang disediakan oleh Felcra Berhad (FELCRA) kepada usahawan bimbingannya, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang berkata, selain itu agensi berkenaan juga membantu usahawan sektor agro pertanian membabitkan tanaman herba Kacip Fatimah.

Kata beliau, bantuan juga disalurkan untuk meningkatkan kemahiran usahawannya yang mempunyai bengkel motosikal, kedai gunting rambut dan syarikat pencetakan digital.

“FELCRA sentiasa prihatin dalam soal ini agar usahawan kita terus berdaya saing.

“Secara keseluruhan, sehingga kini 1,183 usahawan bimbingan FELCRA mendapat manfaat menerusi enam kluster perniagaan iaitu pembuatan, akuakultur, tanaman, ternakan, makanan dan perkhidmatan,” katanya ketika menjawab pertanyaan Jamaludin Yahya (Perikatan Nasional – Pasir Salak).

Sementara itu, Rubiah turut memaklumkan, FELCRA telah membina dan membangunkan 1,322 unit rumah generasi kedua di tiga lokasi iaitu Seberang Perak, Perak, Sri Makmur di Pahang dan Sukau (Sabah).

“Perumahan Generasi Kedua FELCRA Seberang Perak, Perak membabitkan fasa satu sebanyak 349 unit dan 710 unit bagi fasa kedua.

“Di Sri Makmur pula sebanyak 140 unit dibina manakala sebanyak 123 unit di Sabah,” katanya. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan