Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa menerima memorandum Bersih daripada Mohammad Faisal Abdul Aziz di Putrajaya, hari ini. Foto Anwar Ibrahim (FB)

Kerajaan Perpaduan terbuka kepada rekomendasi, saranan bersih

ByBernama

KUALA LUMPUR, 28 Feb: Kerajaan Perpaduan terbuka kepada sebarang rekomendasi atau saranan daripada Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) khususnya dalam penambahbaikan proses pilihan raya dan reformasi institusi.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam catatan di Facebook hari ini berkata beberapa saranan yang diberikan Bersih adalah dalam perhatian kerajaan.

“Terdapat antara cadangan dalam memorandum tersebut telah pun berada dalam pertimbangan dan tindakan Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Anwar hari ini menerima memorandum daripada pimpinan Bersih yang diketuai Mohammad Faisal Abdul Aziz di Putrajaya.

Perdana Menteri berkata dialog serta ruang bertukar pandangan adalah penting bagi memahami aspirasi masyarakat sivil dan cabaran dihadapi kerajaan khususnya dalam isu yang dikemukakan dalam memorandum berkenaan.

“Pendekatan yang lebih inklusif dalam mendengar sendiri pandangan masyarakat sivil seperti Bersih diharap meningkatkan lagi sinergi masyarakat sivil dengan kerajaan dalam proses demokrasi negara,” katanya.

Selain itu, Anwar berkata dalam pertemuannya dengan Bersih, beliau menekankan kepentingan mengukuhkan pendidikan politik dan meningkatkan literasi politik dalam kalangan masyarakat ke arah politik Malaysia yang lebih baik. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan