Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof Foto: Bernama

Keputusan pengecualian kenaikan SST bagi bil elektrik dan air belum dimuktamadkan – Fadillah

ByBernama

KUALA LUMPUR, 28 Feb: Keputusan mengenaiĀ pengecualian bil air dan elektrik daripada cadangan kenaikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang dijadualkanĀ bermula Mac ini belum dimuktamadkan lagi, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata kerajaan akanĀ membincangkan perkara itu terlebih dahulu kerana beberapa perkara seperti siapa yang layak mendapat pengecualian, perlu dikaji.

Ditanya sama ada kerajaan akan membincangkan perkara tersebutĀ dalam mesyuarat Kabinet akan datang, Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata, ā€œBelum ada apa-apa lagi yang khusus tentangnya, tetapi sekarangĀ ini Kementerian Kewangan sedang meneliti keseluruhan keadaan,ā€

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyaksikan majlis permeteraian perjanjian pembiayaan antara Bank Islam Malaysia Bhd danĀ Sand Town Solar Sdn Bhd, anak syarikat Gading Kencana Sdn Bhd, di sini, hari ini.

Mulai 1 Mac ini, kadarĀ SST bagi kebanyakan perkhidmatan termasuk perkhidmatan digital berpangkalan di luar negara akan dinaikkan kepada lapan peratus daripada enam peratus.

Pada masa ini, hanya perkhidmatan makanan dan minuman, telekomunikasi dan perkhidmatan parkirĀ kenderaan diberi pengecualian daripada kenaikan cukai itu.

Kenaikan kadar cukai dan item bercukai sebelum ini diumumkan sebagai sebahagian daripada pembaharuan percukaian dalam Belanjawan 2024 pada tahun lepas, sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk meningkatkan daya tahan kewangan negara sambil mengurangkan defisit belanjawannya.

Dalam perkembangan lain, Fadilah berkata kementeriannya sedang membuat penilaian terhadap beberapa cadangan berkaitan skim berskala besar untuk bekalan solar menggunakan sistem terapung atas air.

ā€œInsya-Allah, Kita akan luluskan satu projek perintisĀ bagi sistem terapung ini dan seterusnya akan buka permohonan bagi pihak industri untuk menyertainya,ā€ katanya.

Fadilah berkata pihaknya menerima banyak permintaan dan minat daripada pemain industri bagi sistem terapung tersebut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

Ā 

Berita Berkaitan