Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Suspek melarikan diri dengan menggunakan sebuah kereta Perodua Kancil berwarna hitam sebelum berjaya ditahan pihak polis. Foto IPD Mukah.

Dua pasangan kekasih dicekup curi kenderaan di Mukah

MUKAH, 28 Feb: Dua pasangan kekasih dicekup polis selepas disyaki terlibat kes curi kenderaan di sini, pada petang Selasa.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superitenden Polis (DSP) Muhamad Rizal Alias berkata, empat individu itu terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita warga tempatan berumur 20 hingga 36 tahun itu ditahan Simpang Bukut, Jalan Mukah Selangau pada jam 4.15 petang.

Sebelum itu katanya, suspek melarikan diri ketika cuba ditahan penduduk ketika cuba mencuri sebuah motosikal di jalan simpang masuk Politeknik Mukah.

“Mereka kemudiannya melarikan diri dengan menggunakan sebuah kereta Perodua Kancil berwarna hitam sebelum berjaya ditahan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah.

“Keempat-empat mereka yang berada dalam kenderaan itu sekali lagi cuba melarikan diri namun berjaya di tangkap dengan menggunakan kekerasan yang minima,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Muhamad Rizal berkata, hasil semakan mendapati kereta yang digunakan suspek menggunakan nombor pendaftaran palsu dan pernah dilaporkan hilang di Selangau.

Katanya, dua daripada suspek juga mempunyai beberapa rekod lampau berkaitan kes jenayah dan dadah.

“Hasil siasatan awal suspek turut mengaku terlibat dengan beberapa kes curi motosikal di kawasan Mukah dan Selangau.

“Ujian air kencing yang dijalankan mendapati keempat-empat suspek positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine,” katanya.

Beliau menambah, dua suspek lelaki direman selama empat hari mulai 28 Februari hingga 3 Mac 2024 manakala dua suspek wanita direman sehingga 29 Februari 2024.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

“Kerjasama orang ramai dalam membantu pihak polis amatlah dialu-alukan untuk menyelesaikan kes jenayah. Kes ini disiasat di bawah seksyen 379 A kanun keseksaan dan seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Saksi kejadian juga boleh tampil membantu siasatan dengan menghubungi Insp. Mohd Hafez A. Razak di talian 012-9677525 atau pegawai penyiasat Kes Sarjan Mohamad Noor Kadren 014-8890399,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan