Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Diplomat tertinggi China pada Khamis memaklumkan Beijing menyokong 'penuh' keanggotaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi negara Palestin. Foto fail AFP.

Angka korban akibat serangan Israel meningkat kepada 29,954

ByBernama

ANKARA, 28 Feb: Angka kematian akibat serangan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt lalu melonjak kepada 29,954, menurut Kementerian Kesihatan Palestin dalam satu kenyataan pada Rabu.

Kenyataan itu dikeluarkan ketika serangan Israel terhadap Gaza memasuki hari ke-145, lapor Agensi Anadolu.

Sementara itu, sekitar 70,325 lagi cedera dalam serangan terbabit.

Dalam tempoh 24 jam lalu, tentera Israel melakukan lapan “pembunuhan beramai-ramai” di seluruh Semenanjung Gaza, menyebabkan 76 orang terbunuh dan 110 lagi cedera.

Israel terus menyerang Semenanjung Gaza sejak Oktober, mengakibatkan 85 peratus penduduk Gaza hilang tempat tinggal, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan