Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pelajar lelaki tingkatan tiga yang dikhuaitiri lemas di Sungai Ketil di Kampung Kuala Merah, Kuala Ketil di sini bermula pukul 8 pagi hari ini. Foto PDRM

9 remaja mandi-manda di sungai, seorang dikhuatiri lemas

BALING, 28 Feb: Aktiviti riadah sembilan sahabat semasa cuti persekolahan dengan bermandi-manda di Sungai Ketil di Kampung Kuala Merah, Kuala Ketil di sini bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka dikhuatiri lemas semalam.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, kejadian yang menimpa pelajar lelaki tingkatan tiga itu dilaporkan berlaku kira-kira pukul 5.30 petang.

“Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Puteri berusia 15 tahun itu dikatakan telah lemas dan tenggelam di dalam sungai sewaktu berenang.

“Semasa kejadian, terdapat lapan orang rakannya sedang berenang dan mandi bersama-sama,” katanya kepada pemberita hari ini.

Ujar beliau, operasi mencari dan menyelamat (SAR) diteruskan bermula pukul 8 pagi hari ini apabila usaha pencarian dilakukan sejak pukul 6 petang sehingga 11 malam semalam tidak menemui mangsa.

Operasi SAR hari ini membabitkan 67 orang terdiri daripada 20 dari Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (27), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (lima), Unit Amal (15) dan penduduk kampung. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan