Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sekumpulan lelaki bergaduh selepas menyertai perlawanan bola sepak di sebuah padang Butterworth kelmarin. Foto media sosial

Tiga lelaki bergaduh semasa bermain bola sepak dicekup polis

BUTTERWORTH, 27 Feb: Tiga individu ditahan polis selepas terlibat dalam pergaduhan membabitkan sekumpulan lelaki semasa bermain bola sepak di sebuah padang di sini kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Superintendan Nor Salawati Saad berkata, suspek berusia 30-an sehingga 40-an itu ditahan selepas polis menerima satu laporan dan mengesan video yang tular di media sosial.

“Kejadian dikatakan berlaku berpunca perasaan tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil setelah selesai satu perlawanan bola sepak.

“Terdapat perbuatan provokasi sesama pihak dengan mempamerkan mimik muka dan gerak badan semasa perlawanan itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Salawati, siasatan lanjut mendapati seorang suspek mempunyai rekod jenayah lampau pada 2001, manakala usaha mengesan individu lain sedang giat dijalankan.

Pihaknya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu untuk menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Nursyahirah Sarahani di talian 04-576 2222 (sambungan 2275) atau tampil ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan