Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Skim Perubatan MADANI akan diperhalusi untuk memberi tumpuan kepada daerah-daerah dan penerima tertentu bagi meningkatkan keberkesanan, kemampanan dan memaksimumkan impak skim itu. Foto hiasan Bernama

Skim Perubatan MADANI tumpu isi rumah berdaftar di 10 daerah, tingkatkan keberkesanan

ByBernama

KUALA LUMPUR, 27 Feb: Skim Perubatan MADANI akan diperhalusi untuk memberi tumpuan kepada daerah-daerah dan penerima tertentu bagi meningkatkan keberkesanan, kemampanan dan memaksimumkan impak skim itu.

Protect Health Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth), sebuah anak syarikat milik penuh ProtectHealth Malaysia yang ditubuhkan di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kenyataan berkata, kawasan pelaksanaan hanya akan tertumpu kepada 10 daerah yang ditetapkan iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Gombak, Hulu Langat, Petaling Jaya dan Klang di Selangor.

Selain itu, skim yang dilancarkan sebagai program perintis sejak 15 Jun lepas turut tertumpu di Johor Bahru (Johor), Kinta (Perak), Timur Laut (Pulau Pinang), Kota Kinabalu (Sabah) dan Kuching (Sarawak).

Menurut kenyataan itu, klinik swasta Skim Perubatan MADANI yang aktif di dalam daerah yang ditetapkan boleh terus menyediakan perkhidmatan skim tersebut.

“Inisiatif yang bertujuan mengurangkan kesesakan pesakit di Jabatan Pesakit Luar dan Klinik KKM di kawasan bandar pada masa ini masih lagi dalam fasa penambahbaikan penyampaian dan pelaksanaan, yang mana kesesakan di fasiliti di bawah fasa perintis itu dilihat bertambah baik,” menurut kenyataan itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan