Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ikrar taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini.Foto, Bernama.

Parlimen: Perdana Menteri sembah ucapan tahniah kepada Agong, pembangkang keluar dewan

ByRadzi Ahmad

KUALA LUMPUR, 27 Feb: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah ucapan tahniah dan ikrar taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.

Perdana Menteri turut menzahirkan keyakinan negara akan mendapat limpah rahmat dan kesejahteraan daripada pemerintahan seorang Sultan yang adil serta rihatin terhadap rakyat jelata.

Parlimen: Kerajaan berdepan cabaran dalaman, luaran tangani kos sara hidup

“Sebagai teras pemerintahan Raja Berperlembagaan, saya amat berkeyakinan dengan pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong kelak, Malaysia bakal diberkati dengan nikmat perpaduan dan kemakmuran yang berpanjangan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Menerusi ucapan itu, Anwar turut merafak sembah ucapan menjunjung kasih dan setinggi-tinggi penghargaan Dewan Rakyat kepada Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang telah menaungi negara dan rakyat jelata selama lima tahun lepas dengan adil dan bijaksana.

Sementara itu, Ahli Parlimen pembangkang membantah slot yang diberikan kepada Perdana Menteri untuk menzahirkan ucapan tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong.

Wakil rakyat pembangkang mengadakan sidang media membantah slot diberikan kepada Perdana Menteri. Foto, Firdaus Ismail (TVS).

Mereka bertindak keluar dewan selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin bangkit membantah sewaktu Anwar memberikan ucapan.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi sidang media pula berkata, perkara itu merupakan kejadian luar biasa kerana mereka tidak dimaklumkan mengenai slot yang diberikan kepada Anwar manakala perbahasan titah Seri Paduka Baginda sedang berjalan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan