Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan Menteri Perpaduan Negara Datuk Aoron Ago Dagang melafazkan ikrar Rukun Negara sebelum Majlis Persidangan Dewan Rakyat bermula hari ini. Foto, Bernama.

Parlimen: MINDEF teliti calon berwibawa isi kekosongan jawatan utama di LTAT

ByRadzi Ahmad

KUALA LUMPUR, 27 Feb: Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) sedang meneliti calon berkredibiliti untuk dilantik sebagai Ketua Eksekutif LTAT baharu, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kementerian juga sedang menilai calon yang layak membabitkan beberapa mantan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk dilantik sebagai Pengerusi LTAT.

Kata beliau, perletakan jawatan tiga pegawai kanan LTAT baru – baru ini pula sedang dipantau oleh kementerian.

“Saya beri jaminan perletakan jawatan tidak beri impak yang ganggu operasi sebaliknya LTAT bergerak seperti biasa.

“Sebagai langkah susulan, jawatan Ketua Eksekutif yang kosong ditanggung oleh Ketua Pegawai Kewangan, Mohammad Ashraf Md. Radzi berkuat kuasa serta merta,” katanya.

Mohamed Khaled menjawab soalan Datuk Khlir Mohd Nor (Perikatan Nasional-Ketereh) yang ingin tahu mengenai isu peletakan jawatan kanan LTAT baru – baru ini.

Isu bermula apabila Ketua Eksekutif LTAT, Datuk Ahmad Nazim Abd Rahman mengumumkan pengundurannya berkuat kuasa 31 Januari lalu.

Pengerusi LTAT, Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor pula mengumumkan peletakan jawatannya seminggu kemudian dan diikuti Pengarah Kanan Strateginya, Dayana Rogayah Omar.

Sementara itu, Mohamed Khaled berkata, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Isham Ishak yang merupakan Timbalan Pengerusi LTAT kini dilantik sebagai Pengerusi LTAT seperti diperuntukan dalam Akta TLAT 1973.

Jelasnya, pelantikan tanggung tugas bukan perkara luar biasa kerana pernah dilakukan sebelum ini semasa peletakan jawatan ketua eksekutif Datuk Nik Armizan Muhamad pada 2020 dan peletakan jawatan Datuk Seri Amrin Awaludin pada 2021.

“Pada masa sama, saya menegaskan komitmen Kementerian Pertahanan untuk terus memantau operasi serta strategi yang telah dirancangkan bagi menjadikan LTAT sebagai sebuah dana persaraan yang mampan diteruskan dengan sewajarnya,” tambahnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan