Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri. Foto, Bernama.

Parlimen: Kerajaan agih RM168.9 juta bantu mangsa terjejas Monsun Timur Laut

ByConnie Grace

KUALA LUMPUR, 27 Feb: Kerajaan telah mengagihkan Bantuan Wang Ihsan (BWI) sebanyak RM168.9 juta kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas akibat Monsun Timur Laut (MTL) sepanjang tempoh dua tahun lepas.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, agihan itu melibatkan seramai 168,959 KIR.

Parlimen: Kerajaan berdepan cabaran dalaman, luaran tangani kos sara hidup

Jelas beliau, MTL pada tahun lepas dan tahun ini masih belum berakhir namun bagi mempercepatkan proses pengagihan BWI, Kerajaan Persekutuan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah menyalurkan peruntukan awal bantuan bencana kepada semua negeri berjumlah RM232 juta.

“Pemberian BWI ini bukanlah merupakan suatu bentuk pampasan terhadap kerugian yang dialami oleh mangsa bencana tetapi lebih merupakan tanda keprihatinan Kerajaan Persekutuan bagi meringankan beban mangsa bencana,” katanya pada Sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Nancy berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff (Perikatan Nasional – Rantau Panjang) yang meminta Perdana Menteri menyatakan dasar berkaitan bantuan kepada mangsa banjir yang terlibat serta jumlah pampasan termasuk juga bantuan wang ihsan banjir.

Sementara itu, Nancy turut memaklumkan, jumlah BWI Kematian yang telah diagihkan kepada 56 waris mangsa bencana yang meninggal dunia adalah sebanyak RM560,000.

Tambah beliau, selain bantuan Kerajaan Persekutuan, semua kerajaan negeri boleh mengenal pasti bantuan-bantuan lain untuk disumbangkan melalui agensi-agensi peringkat negeri seperti lembaga zakat dan badan-badan korporat untuk membantu meringankan beban. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan