Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Rating Corperation (MARC), Datuk Jamaludin Nasir. Foto Douglas Elliot (TVS)

BETC 2024: Sarawak peneraju peralihan tenaga mampan

ByAdlina Rahman

KUCHING, 27 Feb: Sarawak merupakan peneraju dalam peralihan tenaga kepada tenaga mampan berbanding negeri lain, kata Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Rating Corporation (MARC), Datuk Jamaludin Nasir.

“Sarawak kini dilihat sebagai peneraju dalam peralihan kepada tenaga mampan dan saya berpendapat Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merupakan seorang pemimpin yang berwawasan dan Sarawak bertuah kerana memiliki beliau sebagai pemimpin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui TVS di hari kedua Persidangan Peralihan Tenaga Borneo (BETC) 2024 di sini, hari ini.

BETC 2024 merupakan persidangan dua hari anjuran bersama SEDC Energy dengan MARC berlangsung mulai 26 hingga 27 Februari.

Jamaludin berkata, antara komponen penting dalam memastikan sektor tenaga mampan negeri berkembang adalah sokongan dari ekosistem kewangan negeri.

“Saya berpendapat komponen paling penting ialah kita mempunyai pelabur dan pengawal selia serta ekosistem kewangan yang menyokong agenda ini.

“Apabila ekosistem disokong, kita akan dapat lihat perkembangan (sektor tenaga mampan) bukan sahaja untuk Sarawak tetapi juga Malaysia,” jelasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan