Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Lee Kim Shin semasa melawat mangsa rumah rosak bumbung di Taman Happy Timur, Riam akibat angin kencang di Miri, hari ini. Foto TVS

Bantuan untuk rumah rosak akibat ribut akan disalur

MIRI, 27 Feb: Bantuan akan diberikan kepada penghuni 10 rumah di Taman Happy Timur, Riam yang rosak bumbung akibat angin kencang semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin, Dato Sri Lee Kim Shin berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dan Jabatan Kebajikan untuk menilai bantuan yang diperlukan.

Atap rumah yang rosak akibat angin kencang di Taman Happy Timur, Riam di Miri. Foto TVS

“Kita akan ikut laporan bomba untuk meneliti kerosakan sesebuah rumah. Jabatan Kebajikan akan membuat penilaian untuk melihat apa bantuan yang boleh diberi untuk membantu mereka dengan memberi bahan-bahan pembinaan untuk membaiki rumah mereka,” katanya semasa melawat mangsa di sini, hari ini.

Kim Shin yang juga Menteri Pengangkutan Sarawak berkata kakitangan Pusat Khidmat ADUN Senadin juga telah memantau kerosakan pagi ini. Turut serta, kaunselor pihak berkuasa tempatan dan ketua kaum.

Menurutnya, proses membaiki serta menutup bahagian atap yang bocor untuk sementara telah dijalankan oleh penduduk.

Sebahagian daripada penghuni terjejas kini menumpang di rumah saudara mara mereka buat sementara manakala yang lain memilih untuk masih mendiami rumah sendiri. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan