Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata 757 daripada 2,118 projek pembinaan di bawah Jabatan Kerja Raya sepanjang 2023 telah siap sepenuhnya. Foto TVS

757 projek pembinaan JKR siap sepanjang tahun lepas

ByBernama

KUALA LUMPUR, 27 Feb: Sebanyak 757 daripada 2,118 projek pembinaan di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR) sepanjang tahun 2023 telah siap sepenuhnya.

Menteri Kerja Raya Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata 772 lagi projek dalam proses pembinaan manakala 589 pula di peringkat prapembinaan.

Beliau berkata bagi kerja dan projek penyelenggaraan yang dilakukan JKR, daripada 9,349 kerja-kerja dijalankan 8,851 daripadanya telah siap, 473 dalam proses pembinaan manakala selebihnya dalam peringkat prapembinaan.

“Kita dengar macam-macam aduan, komen dalam media sosial yang mengatakan JKR tidak buat kerja. Tapi kalau mengikut statistik banyak kerja-kerja yang telah dijayakan JKR.

“Malah projek-projek yang sempurna lebih banyak daripada projek sakit. Jadi kalau kata JKR tidak buat kerja itu tidak betul,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas sesi dialog awam bersama jurutera daerah JKR di Kementerian Kerja Raya di sini hari ini yang turut dihadiri Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.

Sesi dialog dua hala yang julung kali diadakan itu selaras dengan aspirasi Program MYJalan yang mahu meningkatkan ketangkasan penyelesaian aduan dan kerja-kerja penyenggaraan jalan melalui pemerkasaan fungsi jurutera daerah dan jurutera jajahan.

Pada majlis itu, Nanta turut menyampaikan amanat akan pentingnya peranan jurutera daerah dan jurutera jajahan sebagai tenaga kerja dalam menjayakan agenda dan hala tuju kementerian sekali gus menyumbang kepada pembangunan dari kesejahteraan rakyat dan negara.

Seramai 86 pegawai yang terdiri daripada Jurutera Daerah JKR melibatkan 11 negeri hadir pada  sesi dialog dengan kesemuanya telah mengambil ikrar Aku Janji Bebas Rasuah.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan