Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Doris Sophia Brodie (berdiri, belakang) bersama Ahli Parlimen dari Sarawak pada Sidang Dewan Rakyat yang sedang berlangsung. Foto, Facebook Dato Sri Doris Sophia Brodie.

Titah Agong pentingkan dasar perpaduan – Doris Sophia

ByConnie Grace

KUALA LUMPUR, 26 Feb: Titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 hari ini dengan dilihat memberi penekanan jelas kepada perpaduan negara.

Ahli Parlimen Sri Aman, Dato Sri Doris Sophia Brodie berkata, Sultan Ibrahim mementingkan perpaduan yang menyokong Rukun Negara.

Terima kenyataan, hormati Kerajaan Perpaduan yang dibentuk – Agong

“Seri Paduka juga telah menitahkan agar kerajaan mengetengahkan satu dasar ke arah perpaduan yang lebih kukuh bagi melentur generasi muda supaya lebih cinta dan setia kepada raja dan negara dan seterusnya mendukung Rukun Negara,” katanya ketika dihubungi TVS hari ini.

Doris Sophia berkata demikian sebagai reaksi kepada titah sulung Sultan Ibrahim di Dewan Rakyat hari ini.

Terima kenyataan, hormati Kerajaan Perpaduan yang dibentuk – Agong

Menerusi titah berkenaan, Sultan Ibrahim membangkitkan setelah lebih 60 tahun Malaysia dibentuk, hubungan perpaduan antara kaum masih belum sempurna kerana masih ada generasi hari ini yang gagal menguasai bahasa kebangsaan dan memahami budaya hidup kaum yang lain.

Sehubungan itu Seri Paduka menyeru kerajaan supaya merangka dasar ke arah perpaduan rakyat yang lebih kukuh dan harmoni dalam kalangan rakyat.

Terima kenyataan, hormati Kerajaan Perpaduan yang dibentuk – Agong

Berkenaan dengan titah Sultan Ibrahim supaya Ahli Parlimen menunjukkan contoh yang baik dengan menjaga adab ketika perbahasan pula, Doris Sophia berkata, beliau menerima teguran berkenaan secara positif.

“(Ini kerana) sememangnya Dewan Negara dan Dewan Rakyat merupakan dewan yang mulia dan sudah tentu kita (wakil rakyat) perlu beradap, menjaga tingkah laku dan tutur kata yang baik,” katanya.

Kata Doris Sophia, kesemua perkara yang dititahkan oleh Sultan Ibrahim itu bertujuan untuk membina dan memartabatkan Dewan Rakyat. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan