Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengiringi Sultan Ibrahim pada istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 hari ini. Foto, Facebook Anwar Ibrahim.

PM harap sidang Parlimen kali ini perkukuh kerjasama semua pihak bangunkan negara

ByBernama

KUALA LUMPUR, 26 Feb: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap persidangan Parlimen kali ini akan menguatkan lagi kerjasama semua pihak bagi membangunkan negara demi kepentingan seluruh rakyat.

Terdahulu, Perdana Menteri dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menghadiri istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 di sini hari ini yang disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Turut berangkat ke istiadat itu Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.

Ini merupakan istiadat pembukaan Parlimen pertama oleh Sultan Ibrahim sejak mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Jan lepas.

Anwar turut berkongsi beberapa keping gambar istiadat itu menerusi hantaran di laman Facebook.

Berdasarkan takwim di laman rasmi Parlimen, persidangan kali ini berlangsung selama 19 hari dengan tumpuan kepada perbahasan Titah Diraja oleh Ahli-Ahli Parlimen dari 27 Feb hingga 7 Mac diikuti jawapan daripada kementerian berkaitan selama empat hari bermula 11 Mac.

Persidangan kemudian akan diteruskan dengan pembentangan rang undang-undang.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan