Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pelumba bintang muda berbasikal trek wanita negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri mencipta sensasi dengan menamatkan kemarau 12 tahun tanpa emas acara keirin di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) apabila muncul juara edisi 2024 di New Delhi, India, semalam. Foto fail AFP

Nurul Izzah tamat kemarau 12 tahun, rangkul emas keirin wanita di India

ByBernama

KUALA LUMPUR, 26 Feb: Pelumba bintang muda berbasikal trek wanita negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri mencipta sensasi dengan menamatkan kemarau 12 tahun tanpa emas acara keirin di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) apabila muncul juara edisi 2024 di New Delhi, India, semalam.

Pelumba berusia 20 tahun itu menampilkan kayuhan bertenaga untuk mengatasi Tong Mengqi dari China yang merangkul perak manakala seorang lagi pelumba negara, Anis Amira Rosidi melengkapkan kedudukan podium menerusi pingat gangsa dalam saingan berlangsung di Velodrom Indira Gandhi.

Kejayaan Nurul Izzah pada hari kelima kejohanan menyaksikan beliau menambah lagi pungutan pingat selepas meraih gangsa acara pecut wanita Jumaat lepas dan perak pecut wanita berpasukan bersama Anis Amira dan Nurul Aliana Syafika Azizan, Rabu lalu.

Shah Firdaus, Izzah Izzati rangkul gangsa acara pecut ACC di India

Kali terakhir Malaysia memenangi emas keirin wanita adalah pada edisi 2012 di Velodrom Cheras, di sini menerusi Fatehah Mustapa.

Dalam pada itu, momentum kecemerlangan Nurul Izzah gagal diteruskan wakil negara dalam acara keirin lelaki apabila Muhammad Ridwan Sahrom sekadar meraih kedudukan kelima manakala Kento Yamasaki dari Jepun merangkul emas diikuti pelumba China, Li Zhiwei yang menyambar perak dan gangsa dimiliki Tsun Ho Yung dari Hong Kong.

Malang menimpa Muhammad Shah Firdaus Sahrom apabila beliau gagal layak ke saingan akhir keirin lelaki dan hanya menamatkan di kedudukan ketujuh dalam perlumbaan penentuan tempat ketujuh-kesembilan.

Shah Firdaus, Izzah Izzati layak separuh akhir acara pecut ACC di India

Sementara itu, skuad berbasikal para kebangsaan menguasai kedudukan podium bagi kedua-dua saingan pecut tandem B (kecacatan penglihatan) lelaki dan wanita.

Ahmad Ahlami Mohamadi bersama jurumudinya Muhammad Khairul Adha membawa pulang emas pecut tandem B lelaki dengan menundukkan rakan sepasukan, Mohd Khairul Hazwan Wahab yang dibantu Muhd Arly Qhairant Amran, 2-0.

Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais dengan jurumudinya Farina Shawati Mohd Adnan pula menyumbang emas pecut tandem B wanita apabila melakar kemenangan 2-0 ke atas Nur Suraiya Muhamad Zamri yang meraih perak dengan dibantu Nurul Suhada Zainal.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan