Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr Annuar(tengah) bersama pasukan peminat Manchester United di padang bola sepak baharu Kemuyang. Foto TVS

Kawasan perumahan baharu Kemuyang akan dilengkapi pelbagai kemudahan sukan – Annuar

SIBU, 26 Feb: Kawasan pembangunan perumahan baharu Kemuyang akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan sukan untuk golongan belia.

Timbalan Menteri Pendidikan Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr Annuar Rapaee berkata, selain padang bola sepak yang telah siap dibina, antara yang akan dibangunkan ialah padang hoki dan dewan serbaguna untuk pelbagai sukan.

“Ini adalah sebahagian daripada pembangunan di kawasan perumahan Kemuyang, di sini nanti akan ada dewan serbaguna yang boleh digunakan untuk bermain sepak takraw dan juga bola keranjang, yang paling penting sekali akan dibangunkan ialah padang hoki, ia merupakan padang hoki pertama di zon tengah, selama ini kita ada dua padang hoki di Kuching tetapi di tempat lain di Sarawak tidak ada,” katanya.

“Jadi di kawasan pembangunan perumahan Kemuyang ini akan mempunyai kemudahan lengkap sukan untuk golongan belia,” katanya ketika ditemui pada pembukaan padang bola sepak baharu Kemuyang di kawasan pembangunan perumahan baharu Kemuyang di sini, semalam.

Annuar menjelaskan padang tersebut merupakan padang kedua di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nangka yang mempunyai lampu limpah yang membolehkan perlawanan dilangsungkan pada waktu malam.

Dalam pada itu, Annuar berkata, untuk pembinaan padang hoki sudah dikeluarkan tender kepada pihak kontraktor dan mengambil masa sekurang-kurangnya 18 bulan untuk disiapkan.

Padang hoki tersebut akan bersebelahan dengan padang bola sepak baharu Kemuyang dan semua kemudahan sukan itu akan dilengkapi dengan tempat duduk penonton.

Beliau turut bercadang untuk membina dua buah padang lagi di kawasan DUN Nangka namun kawasannya akan dimuktamadkan kemudian.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan