Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hadir Program Jalinan Kasih Tani Beranyi bersama Premier Sarawak di Dewan Kampung Lubok Punggor, Gedong di sini hari ini. Foto, Ahmad Nasrullah (TVS)

Dana RM3 juta laksana kajian penghasilan elektrik berasaskan tenaga biomas – Abang Johari

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KOTA SAMARAHAN, 26 Feb: Kerajaan Sarawak meluluskan dana RM3 juta untuk membolehkan kajian penghasilan elektrik berasaskan tenaga biomas dapat dilaksanakan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, penyelidikan itu akan dilakukan oleh saintis Universiti Putra Malaysia (UPM).

Dana RM3 juta bagi kajian penghasilan elektrik daripada tenaga biomas | TVS

Ujar Abang Johari, beliau telah bertemu dengan Canselor UPM iaitu Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bagi berbincang mengenai penanaman padi serta sumber kayu.

“Saya juga telah berbincang dengan baginda mengenai sumber baharu berasaskan tenaga biomas di mana kita memperolehnya  menerusi penanaman pokok kayu yang cepat tumbuh.

“Kita inginkan tenaga biomas untuk pengeluaran elektrik selain daripada menggunakan sumber air,” katanya.

Abang Johari berkata demikian sewaktu berucap pada Program Jalinan Kasih Tani Beranyi bersama Premier Sarawak di Dewan Kampung Lubok Punggor, Gedong di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, dan Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Sementara itu Abang Johari berkata, pihaknya memberi jaminan bahawa Kerajaan Sarawak bersedia menyediakan dana tambahan sekiranya diperlukan untuk menjalankan kajian tersebut.

“Saya tidak kedekut ilmu, selagi Sarawak aman dan rakyat kita bersatu. Saya dapat mencari dana,” ujarnya lagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan