Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Chief Executive Officer of SEDC Energy (SEDCE), Robert Hardin. Photo: TVS

BETC 2024 beri peluang pemain industri, bank bertukar pendapat

ByAdlina Rahman

KUCHING, 26 Feb: Persidangan Peralihan Tenaga Borneo (BETC) 2024 memberi peluang kepada pemain industri tenaga dan perbankan bertukar pendapat dalam usaha memantapkan projek tenaga boleh baharu tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif SEDC Energy Sdn Bhd (SEDCE) Robert Hardin berkata, melalui persidangan ini, sebuah platform diwujudkan untuk kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai sektor itu.

https://staging.tvsarawak.my/2024/02/26/betc-2024-sarawak-miliki-potensi-luas-dalam-pasaran-kredit-carbon/

Kata beliau, sebelum ini SEDCE menyedari pemain industri dan sektor ekonomi tidak begitu memahami antara satu sama lain berhubung tenaga boleh baharu.

“Oleh itu, kita akan bersama selama dua hari, bertukar pendapat dan bertanya apa jua kemusykilan.

“Mudah- mudahan pada penghujung hari esok, kita akan lebih tahu bagaimana untuk bergerak ke hadapan mengenai projek tenaga baharu,” katanya.

Beliau berkata kepada TVS pada hari pertama persidangan itu di sebuah hotel di sini hari ini.

BETC 2024 yang dirasmikan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari menghimpunkan kira-kira 300 peserta yang terdiri daripada pakar terkemuka dan pemain industri peralihan tenaga dari Asia Pasifik.

Acara ini juga menawarkan pandangan yang boleh direalisasikan mengenai tenaga boleh diperbaharui selain menyokong matlamat Sarawak untuk menjadi wilayah rendah karbon.

Persidangan ini turut melibatkan beberapa agensi kerajaan dan swasta.-TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan