KUALA LUMPUR, 26 Feb: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah, baginda berpuas hati dengan usaha Kerajaan Persekutuan menyelesaikan perkara- perkara berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Titah Seri Paduka, baginda berharap agar ianya dapat memenuhi hasrat dan aspirasi demi kemakmuran bersama.
Sultan Ibrahim juga mahu kerajaan mengambil pendekatan yang proaktif dalam melaksanakan agenda pembaharuan untuk memperkukuhkan daya saing negara sebagai sebuah ekonomi yang mampan sejajar dengan keperluan semasa.
“Kerajaan juga perlu menyediakan insentif yang menarik dan memudahkan segara urusan melalui tadbir urus yang cekap,” titah baginda.
Sultan Ibrahim berangkat rasmikan Istiadat Pembukaan Parlimen
Sultan Ibrahim membangkitkan perkara itu menerusi titah sulung baginda pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15, di sini hari ini.
Turut berangkat tiba, Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.
Pada masa sama, Sultan Ibrahim mahu polisi yang dibuat di peringkat Kerajaan Persekutuan juga hendaklah disesuaikan dengan keadaan di negeri – negeri.
“(Ini) kerana setiap negeri mempunyai keadaan yang berbeza, terutama dalam sektor pembangunan hartanah,” tambah baginda. -TVS