Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua wanita yang memandu Myvi ditahan selepas enggan memberi kerjasama kepada polis ketika pemeriksaan di sini, kelmarin. Foto hiasan, TVS.

Wanita pandu Myvi ‘cari pasal’ dengan polis ditahan

ByFirdaus Ismail

SUBANG JAYA, 25 Feb: Dua wanita ditahan selepas enggan memberi kerjasama kepada polis ketika pemeriksaan di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, dalam kejadian kira – kira pukul 11.10 malam, anggota yang sedang menjalankan tugas cegah jenayah di Jalan SS15/4G  mengesan sebuah kereta jenis Perodua Myvi dalam keadaan mencurigakan.

Kata beliau, anggota polis kemudian menunjukkan kad kuasa dan meminta kad pengenalan dua wanita dalam kereta itu berkenaan untuk pemeriksaan.

“Kedua-duanya enggan memberi kerjasama dan salah seorang telah mengeluarkan telefon bimbit dan merakam video serta mempertikaikan tugas pihak polis,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Menurut Wan Azlan, kedua – dua wanita berkenaan merupakan rakyat tempatan masing – masing berusia 29 dan 37 tahun bekerja sebagai pengurus di sebuah syarikat swasta dan eksekutif pemasaran.

“Tangkapan telah dibuat terhadap kedua-dua suspek dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan