Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang pemilik syarikat di Sibu kerugian RM580, 000 selepas menjadi mangsa kes penipuan e-dagang iaitu pembelian batu jed tidak wujud dalam talian

Suri rumah lesap RM181,650 ditipu sindiket Phone Scam menyamar polis

IPOH, 25 Feb: Seorang suri rumah berusia 55 tahun dari Taiping dekat sini berputih mata apabila wang simpanannya sebanyak RM181,650 lesap selepas dipercayai menjadi mangsa sindiket Phone Scam yang menyamar polis semalam.

Wanita itu dikatakan mula terjerat selepas menerima panggilan telefon daripada individu kononnya wakil syarikat penghantaran barang di Kuantan, Pahang semasa berada di rumah pada pukul 2.08 petang, 21 Februari lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, suspek pertama itu memaklumkan bahawa mangsa ada menghantar bungkusan ke Kuantan yang mengandungi tiga keping kad pengenalan, (tiga) pasport dan (dua) kad ATM, namun mangsa menafikan.

Katanya, pada hari sama pukul 2.13 petang, suspek kedua yang mendakwa pekerja syarikat kurier telah menghubungi mangsa sebelum panggilan didakwa disambungkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang.

“Suspek kedua memaklumkan dia telah membuat laporan polis dan meminta mangsa membuat semakan laporan yang dihantar di aplikasi WhatsApp.

“Selepas itu mangsa menerima panggilan video dan bercakap dengan seorang lelaki mendakwa dirinya Inspektor Chong yang mahu mengambil keterangan.

“Kemudian, suspek ketiga itu memaklumkan mangsa juga ada terlibat kes pengubahan wang haram dan didapati menjual akaun banknya pada harga RM150,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, jika mangsa mahu menyelesaikan kes itu, dia perlu bercakap dengan suspek keempat yang dikenali sebagai Datuk Yong dari IPK Pahang.

“Pukul 4.06 petang pada hari sama, mangsa menerima pesanan WhatsApp daripada suspek keempat yang mengarahkan dia memasukan kesemua wang simpanannya ke dalam akaun bank yang diberikan.

“Oleh kerana takut dan cemas, mangsa melakukan sebanyak 20 transaksi pindahan wang ke dalam empat akaun bank membabitkan nilai RM181,650,” katanya lagi.

Ujar beliau, mangsa akhirnya menyedari dirinya ditipu sebelum tampil membuat laporan polis semalam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan