Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Hissein Brahim Taha (kiri) dan Presiden Direktorat Perhubungan Republik Turkiye Fahrettin Altun semasa Sesi Luar Biasa Persidangan Menteri-menteri Penerangan Islam (ICIM) di sini semalam. Foto Bernama

Sesi luar biasa ICIM bincang maklumat palsu, permusuhan terhadap wartawan di Palestin

ByBernama

ISTANBUL, 25 Feb: Sesi Luar Biasa Persidangan Menteri-menteri Penerangan Islam (ICIM) bermula hari ini untuk membincangkan usaha bersama menentang maklumat palsu dan ancaman daripada pihak berkuasa Israel terhadap wartawan dan agensi media di wilayah Palestin yang diduduki.

Sesi dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Presiden Direktorat Komunikasi Turkiye, Fahrettin Altun, diikuti oleh kenyataan daripada Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Penerangan Palestin Nabil Abu Rdeneh.

Delegasi Malaysia diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa.

Wartawan Palestin, keluarga terbunuh dalam serangan udara Israel

Sesi berkenaan kemudian diikuti oleh kenyataan yang disampaikan oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Hissein Brahim Taha, yang meminta lebih banyak ruang diberikan kepada wartawan dan agensi media untuk membuat liputan semua perkembangan yang berkaitan dengan isu Palestin.

Terdahulu, Sesi Luar Biasa ICIM bermula pada 9 pagi (waktu tempatan) dengan mesyuarat tertutup Pegawai Kanan Persediaan kepada Sesi Luar Biasa ICIM bagi negara anggota OIC.

Sementara itu, Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan menerusi mesej video yang dipaparkan pada persidangan itu, memberikan penghargaan kepada semua wartawan yang berani bersuara bagi golongan tertindas di Palestin dan mendoakan semoga Allah SWT memberi rahmat kepada mereka yang telah meninggal dunia.

123 wartawan terbunuh di Gaza sejak 7 Okt

Beliau berkata, Israel telah menggunakan pengaruhnya dalam saluran media global dan pada masa sama, menyegerakan aktiviti penyebaran maklumat palsu dan menggunakan segala kaedah yang ada untuk menyembunyikan jenayah perang serta jenayah terhadap kemanusiaan termasuk penyelewengan fakta dan propaganda.

“Dengan pandangan ini, satu daripada tanggungjawab kita sebagai negara Islam ialah memastikan bahawa pembohongan ini tidak mengatasi kebenaran. Satu daripada tanggungjawab penting kita ialah mendokumentasikan dan menghebahkan kekejaman yang dilakukan terhadap saudara kita di Gaza, serta memerangi usaha pemalsuan maklumat oleh Israel,” katanya.

Sejumlah 199 peserta dari 42 negara menghadiri persidangan sehari yang dianjurkan OIC, dan Turkiye menjadi tuan rumah persidangan itu dalam kapasiti sebagai Pengerusi sesi ICIM pada masa ini.

Israel telah menyerang Semenanjung Gaza sejak 7 Okt 2023, membunuh lebih 29,000 orang dan mengakibatkan kemusnahan berskala besar dan kekurangan bekalan barangan keperluan yang mencetuskan krisis kemanusiaan di Gaza. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan