Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KUCHING, 25 Feb: Sarawak dipilih sebagai tuan rumah Kejohanan Tinju Dunia (WBC) Asia 2024 pada 11 Mei depan. Foto hiasan, Envanto.

Sarawak dipilih tuan rumah Kejohanan Tinju Dunia (WBC) Asia 2024

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 25 Feb: Sarawak dipilih sebagai tuan rumah Kejohanan Tinju Dunia (WBC) Asia 2024 bermula 11 Mei depan.

Presiden Persatuan Tinju Negeri Sarawak (SABA), Datuk Rahman Lariwoo berkata, pertandingan akan berlangsung di Stadium Tertutup Kuching.

Rahman berkata, beliau dimaklumkan perkara itu oleh Presiden Majlis Tinju WBC Asia, Col Thanapol Bhakdibhumi semasa pertemuan mereka di Bangkok, Thailand, baru-baru ini.

“Kejohanan ini akan dianjurkan serentak dengan Terbuka Sarawak edisi ketiga namun tumpuannya adalah kejohanan WBC Asia,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Datuk Rahman Lariwoo menunjukkan surat kelulusan mengesahkan Sarawak sebagai tuan rumah Kejohanan Tinju Dunia (WBC) Mei ini.Foto, Herry Ilias.

Sementara itu, Rahman berkata, petinju sensasi Sarawak, Daelonial Mcdelon Bong atau Kilat Boy akan berentap dalam kategori Bantam Weight yang merupakan acara utama pada kejohanan Tinju Dunia WBC.

Berhubung penyertaan pula, beliau memaklumkan, Jepun, Indonesia, Bangladesh, Thailand, Filipina, Brazil dan Perancis telah mengesahkan akan menghantar petinju mereka.

“Kita masih menunggu beberapa penyertaan dari negara Eropah selain Australia serta negara dari benua Afrika.

“Mungkin dalam tempoh dua minggu lagi, kita akan dapat muktamadkan penyertaan peserta bagi edisi kali ini,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan