Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dewan Rakyat dimaklumkan sebanyak 2,113 kekosongan jawatan guru sekolah di Sarawak setakat ini belum terisi.Foto fail, Bernama.

PM, Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan hadir taklimat prapersidangan Dewan Rakyat

ByBernama

PUTRAJAYA, 25 Feb: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri sesi taklimat prapersidangan Dewan Rakyat bersama Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan di Kompleks Seri Perdana di sini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta barisan jemaah menteri pada sesi perbincangan selama kira-kira tiga jam bermula 9.30 pagi itu.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi ketika dihubungi berkata Perdana Menteri dalam taklimat itu menekankan supaya anggota Parlimen menjaga kehadiran dan menjalankan perbahasan dengan beretika.

“Perdana Menteri ingatkan kehadiran, perbahasan mesti baik dan berasas…taklimat lain adalah daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.

“Ia berkaitan soalan dan rang undang-undang (RUU) dan Perdana Menteri juga ingatkan jaga korum (di Dewan Rakyat),” katanya yang juga Ahli Parlimen Kapit, Sarawak.

Titah sulung Sultan Ibrahim selepas dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 31 Januari lepas, bakal menjadi tumpuan pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15, esok.

Berdasarkan takwim di laman rasmi Parlimen, Persidangan Dewan Rakyat kali ini akan berlangsung selama 19 hari dengan tumpuan pada perbahasan Titah Diraja oleh Ahli-Ahli Parlimen dari 27 Feb hingga 7 Mac diikuti jawapan daripada kementerian berkaitan selama empat hari bermula 11 Mac.

Persidangan Dewan Rakyat kemudian diteruskan dengan pembentangan rang undang-undang.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan