Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Fatimah Abdullah hadir pada Program Sarawak Kita Empun 2.0 hari ini. Foto, TVS.

Jaga Sarawak daripada dirampas parti politik lain – Fatimah

KUCHING, 25 Feb: Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di kesemua cawangan diingatkan agar tidak hilang fokus dalam perjuangan mereka, kata Dato Sri Fatimah Abdullah.

Beliau yang juga Ketua Wanita PBB berkata, ini kerana ada pihak yang bercita – cita untuk mengambil alih pentadbiran Sarawak daripada PBB dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Perwakilan wanita diperkasa melalui pindaan Perlembagaan Wanita PBB

“Jangan kita tidak sedar, oleh itu perkara seperti ini kita perlu awasi,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penangguhan Program Sarawak Kita Empun 2.0 anjuran Majlis Tertinggi Pergerakan Wanita PBB bersama Pergerakan Wanita PBB Cawangan Demak Laut di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Cawangan PBB Demak Laut, Datuk Dr Hazland Abang Hipni, Timbalan Ketua Pergerakan Wanita PBB,Dato Sri Rohani Abdul Karim dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Program Sarawak Kita Empun 2.0, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Sementara itu, Fatimah juga Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak mengingatkan semua ahli wanita PBB supaya tidak keliru mengenai siapa yang memegang kuasa di Sarawak.

Kata Fatimah, Malaysia mempunyai sistem politik yang unik kerana Kerajaan Perpaduan yang memerintah kini terdiri daripada beberapa gabungan parti politik yang berbeza haluan.

“Namun di Sarawak, kesemua parti politik itu merupakan pembangkang kerana GPS memiliki hampir kesemua kerusi yang dipertandingkan pada pilihan raya negeri yang lalu.

“Kita mesti ingat di sini, parti seperti PKR dan DAP, mereka masih menjadi pembangkang,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan