Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Muhammad Shah Firdaus menamatkan saingan dengan keputusan 2-0 ke atas wakil Taiwan Shih Feng Kang pada perlumbaan penentuan pingat gangsa. Foto fail AFP

Shah Firdaus, Izzah Izzati rangkul gangsa acara pecut ACC di India

ByBernama

KUALA LUMPUR, 24 Feb: Dua pelumba berbasikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri mempamer aksi memberangsangkan selepas masing-msing meraih pingat gangsa dalam acara pecut lelaki dan wanita pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2024 di New Delhi, India pada Jumaat.

Muhammad Shah Firdaus menamatkan saingan dengan keputusan 2-0 ke atas wakil Taiwan Shih Feng Kang pada perlumbaan penentuan pingat gangsa menurut laman sesawang https://atresults2.wixsite.com/attiming/acct2024.

Terdahulu, beliau yang juga merupakan pemenang pingat perak acara keirin lelaki di Kejohanan Piala Negara-Negara Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) di Kaherah, Mesir pada Mac lepas gagal melangkah ke final selepas tewas kepada wakil China Li Zhiwei, 0-2, dalam saingan separuh akhir.

Sementara itu, Nurul Izzah Izzati mengiringi kejayaan sama selepas menewaskan wakil Jepun Aki Sakai 2-0.

Beliau terlepas peluang untuk merebut pingat emas dan perak selepas tewas kepada wakil China Tong Mengqi 0-2 di peringkat separuh akhir. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan